KENALI e-REMAJA





Perkataan “e-REMAJA” adalah gabungan dua komponen iaitu satu huruf dan satu perkataan.Huruf e dan perkataan remaja digabungkan dan jadinya e-remaja. “e-REMAJA” membawa maksud, remaja yang mengutamakan penggunaan elektronik sebagai  kemestian dalam hidup seharian.Penggunaan elektronik amat penting untuk zaman sekarang kerana dunia ini kini mencipta pelbagai teknologi –teknologi  yang bercanggih untuk keperluan harian.Selain itu,penggunaan internet kini berkembang spereti cendawan selepas hujan.Segala urusan boleh dilakukan menerusi internet.Oleh yang yang demikian, penggunaan internet amat penting untuk remaja untuk mengenali dunia yang tiada batasan.Remaja harus bijak menggunakan internet supaya tiada ketinggalan zaman.Remaja perlu tahu tentang kebaikan dan keburukan daripada internet. Remaja yang seiring dengan teknologi moden dapat menikmati hidup selesa dan harmoni.











MILIKI KAD RAKAN MUDA SEKARANG JUGA!!!!



Kad Rakan Muda merupakan kad keahlian untuk program Rakan Muda. Kad ini diberikan kepada ahli Rakan Muda secara PERCUMA. Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti. Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli.

SEMAKIN TINGGI TARAF KAD YANG DIMILIKI, SEMAKIN HEBAT GANJARANNYA!!



Kad Rakan Muda Klasik

Kad Klasik

Ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Muda Klasik.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
Kelebihan :


  • Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
  • Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
  • Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
  • Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas 




Kad Rakan Muda Emas
Kad Emas

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
  • Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
  • Telah menyertai 10 dan lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda.
  • Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Perak.
Kelebihan :


  • Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
  • Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
  • Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
  • Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
  • Baucer dan promosi / pakej istimewa
  • Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui  peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta


·       
 Kad Rakan Muda Platinum 

Kad Platinum

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-


  •    Warganegara Malaysia.
  •    Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
  •    Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
  •   Telah menyertai 20 atau lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti Rakan Masyarakat.
  •    Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Emas.
  •   Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang diiktiraf berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.
Kelebihan :


  •    Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
  •    Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
  •    Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
  •    Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
  •    Baucer dan promosi / pakej istimewa
  •    Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta
  •    Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel, pertunjukan
  •    Kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa bagi ahli yang ingin menyambung pelajaran ke IPT
  •    Peluang meyertai aktiviti / program lawtan ke luar negeri Anjuran Bahagian Rakan Muda